Jumaat, 24 Julai 2009

Hayatilah Lirik t'sebut...=*)


Suara Hati-Pertemuan Bukan Milik Kita

Pertemuan menghadiahkan kita kasih sayang
Jika cinta satu pasti bertemu ia tidak ternilai

Kerana antara hati kita
Telah tiada antaranya lagi
Yang ada hanya cinta kasih Ilahi

Kita berpisah hanya sementara
Kerana pertemuan bukan milik kita
Jasad dan suara berjauhan sentiasa
Namun cinta abadi

Biar terpisah selalu menderita
Kerana syurga menagih ujian
Sedang neraka dipagari oleh nikmat
Bertemu tidak jemu berpisah tak gelisah

Bicara kita adalah bicara sufi
Tanpa suara dan kata-kata
Kerana penghubung kita adalah suara hati
Bertemu berpisah kerana Allah

Jumaat, 15 Mei 2009


Kalau Suami.......Jika Isteri.......

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha

Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..

............ ..

Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi

Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :

Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori ini?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

TETAPI ....
KALAU SUAMI .... lebih banyak dari JIKA SUAMI ... maka berhati-hatilah.
Wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA. 

Rabu, 29 April 2009

Bacaan Umum Kaum Adam.

Kewajipan Menyimpan Janggut

"katakanlah(Wahai Muhammad) jikalau kamu cintakan Allah,
Ikutilah aku; nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Di dalam sebuah hadith yang masyhur diriwayatkan bahawa
"barangsiapa menyerupai sesuatu kaum akan dianggap sebagai
mereka". Sebab itulah Rasulullah SAW telah memerintahkan kita
supaya bertentangan(berbeza) dengan orang-orang Majusi(penyembah api).
Jelaslah bahawa memelihara janggut adalah satu perintah dalam Islam.

Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Panjangkanlah janggut-janggut kamu dan potonglah misai-misai kamu,
dan dengan ini janganlah menyerupai orang-orang yahudi dan nasrani".
 
Maka....Hukum memelihara janggut adalah wajib....


Sudut Renungan....

Seorang penyair bermadah:
Jika suatu hari seorang teman memohon maaf dari kamu,
Lupakanlah kesalahan-kesalahannya sebanyak yang ada,
Kerana Imam Syafi'e telah meriwayatkan dari Mukhtar;
bahawasanya Allah menghapuskan dengan satu kemaafan
(yang diberikan seseorang untuk saudaranya) seribu dosa besar....
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun....

Kewajipan-kewajipan Seorang Muslim...

1. Mengenali Allah sebelum menyembahnya.
2. Menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.
3. Mengambil wudu' (5x setiap hari dan lebih).
4. Mengerjakan solat 5 waktu (subuh-isya').
5. Mentaati Perintah Allah & Rasul.
6. Melawan nafsu, menjauhi dan melindungi diri dari tipu daya dunia dan syaitan.
7. Ikhlas dalam setiap perbuatan.
8. Bertaubat.
9. Bercakap benar  dan menjauhi perkataan lagha.
10. Sentiasa menuntut ilmu.
11. Memelihara mata, hati dan kemaluan dari yang haram.
12. Meninggalkan sifat mengumpat.
13. Sentiasa bersangka baik(husnuzhan).
14. Selalu bersabar dengan dugaan Allah.
15. Mensyukuri nikmat Allah.
16. Persediaan sebelum kembali bertemu Allah.
17. Tidak berputus asa dengan rahmat Allah.
18. Menunaikan amanah dan sentiasa mengingati Allah(zikrullah).
19. Redha dengan ketetapan Allah.
20. Berkasih sayang kerana Allah(manusia,haiwan,tumbuhan).
21. Amar maaruf nahi mungkar.
22. Taat dan berbuat baik kepada Ibubapa.
23. Sentiasa berharap dengan berusaha dan berdoa kepada Allah.
24. Menjaga diri dan keluarga.
25. Menjauhi sifat-sifat munafik.

Selasa, 28 April 2009


Angkara Yahudi Laknatullah

Juz nk kongsi benda n..keajaiban tulisan dlm Microsof Word ..

SubhanAllah..!! Cuba buat n tgk...

1. Bukak Microsoft Word korang.

2. Taipkan dalam huruf besar, Q33 NY .. Q33 NY ni adalah number pesawat yang        melanggar WTC tu..

3. Tukar saiz font tu kepada saiz 48.

4. Korang highlightkan Q33 NY tu kemudian tukar kepada font WINGDINGS. 

 Apa yang korang nampak? 

 Allahuakbar .. sesungguhnye benda ni dah lama wujud tanpa sesiapa yang menjangkakannye ... 

 Kelihatan gambar sebuah Kapal Terbang melanggar WTC (menara berkembar tu) ..  kemudian ade  lambang tengkorak dan lambang yahudi dah cube dan mmg betul  SUBHANALLAH.... Cubalah... dan  sebarkan.... 

 Tapi kalau korang rasa bende ni tipu...juz abaikan lah...